NASIONALIS MELAYU
PENGENALAN
OLEH : RD RAZIFHari ni bila kita lihat , ramai bangsa melayu telah menjadi hilang arah dan sepertinya tidak ada panduan dalam memperkasakan kekukuhan manipulasi bangsanya sendiri di dalam tanah air mereka sendiri.Kebanyakan mereka sering mengungkapkan sentimen yang mana merujuk kepada kesalahan bangsa mereka sendiri tanpa ada sedikitpun pujian dan kata-kata semangat yang boleh menjadi kebanggaan kepada mereka.Melihatkan kepada perkara itu,implikasinya dilihat dapat membentuk pemikiran generasi bangsa yang tidak tahu akan kegemilangan sejarah bangsa mereka sendiri yang membawa kepada pendedahan terhadap doktrin-doktrin yang melemahkan struktur manipulasi bangsa mereka baik dari segi politik dan juga sektor-sektor yang penting dalam pembentukan sebuah negara.Ianya amat berbahaya dan perkara ini perlu dihalang agar tidak menular sehingga berleluasa.Solusi nya bila dilihat dari kaca mata ilmiah ,boleh dihalang menerusi suntikan serapan ideologi Nasionalis di dalam setiap individu melayu.Lebih-lebih lagi dari golongan muda.Ini bagi memberi satu perisai perlindungan dari persepsi doktrin yang dilihat semakin menggila sekarang ini selain mudah untuk tersebar dan meresapi ke dalam jiwa-jiwa orang melayu terutama golongan remaja.
Dalam hujahan saya kali ini, saya akan menerangkan tentang definisi sebenar seorang nasionalis dan kaitannya dengan pembentukan sebuah komuniti bangsa yang disegani dan dihormati.Bukan nak kata saya ni pandai atau berlebih-lebih, namun sekadar perkongsian yang mana boleh kita sama-sama renungi kebenarannya.
Sebagai seorang NASIONALIS , individu itu perlu tahu apa itu maknanya yang tepat agar tidak lah mereka tersalah anggap . NASIONALIS sebenarnya adalah satu fahaman yang mana menjadikan TANAH AIR dan juga BANGSA sebagai medium perjuangan yang perlu dijuangkan untuk KEKUASAAN DI TANAH AIR SENDIRI agar tidak dijajah ataupun dimanipulasi secara terang mahupun secara halus.Dalam soal ini, TEOLOGI tidak berada dalam satu platform yang sama dengan landasan ideologi ini namun ianya adalah rujukan utama kepada setiap langkah seorang NASIONALIS.Ianya perlu berjalan seiring dan tidak boleh bertentangan antara satu sama lain namun perlu berada pada skop yang berbeza dalam pergerakan. Ini bagi memberi satu pergerakan yang bebas dari fitnah dan persepsi negatif yang boleh dijadikan sebagai senjata kepada penggerak ideologi musuh yang lain.
Prinsip-prinsip yang perlu ada dalam naluri seorang NASIONALIS adalah berteraskan kepada beberapa perkara pokok seperti berikut :
1) PERIBADI
- Individu seorang NASIONALIS wajib berpolitik dan menjadikan dirinya seorang ahli parti politik.Parti yang perlu mereka sertai adalah parti yang selari dengan gerak juang yang mengutamakan bangsa.
-Individu seorang NASIONALIS perlulah bebas dari sebarang gejala DADAH.Tidaklah bergelar seorang NASIONALIS andai dirinya adalah seorang hamba kepada benda yang najis seperti itu.
- Sentiasa menghormati para ilmuan TEOLOGI atau keagamaan dan perlu jadikan mereka rujukan kepada soal-soal yang berkaitan.Walaupun tahap amalan syariah diri itu kurang dan tidak solid.
-Sentiasa menjadikan diri sebagai seorang pekerja tidak kira dari golongan pekerja pertengahan atau kolar biru ataupun kolar putih.Tidaklah seorang penganggur itu seorang NASIONALIS yang sebenarnya.
2)PEGANGAN
-Seorang NASIONALIS perlulah ada pegangan ANTI-KOMUNIS yang mana perlu membencinya sehingga keakar umbi waimah dari pecahan-pecahan kecil doktrinnya.
- Seorang NASIONALIS perlu ada pegangan ANTI-ZIONIST yang mana perlu menolak semua fahaman yang berasal dari gerakan itu.
- Seorang NASIONALIS wajib menjadi seorang yang PATRIOTIK yang mana tahu akan asal usul sejarah kemerdekaan negara dan semua berkaitan dengan hal-hal negara termasuk undang-undang, perlembagaan dan juga rukunegara.
- Seorang NASIONALIS perlu memahami dan memprektikkan amalan kasih sayang dan mengutamakan bangsa mereka sendiri terlebih dahulu sebelum membantu bangsa lain. Jauhkan dari pertikaian antara sesama bangsa lebih-lebih lagi dari soal pendapat dan pandangan.Konsep mengiyakan tanpa menyetujui perlu diprektikkan andai pandangan tidak selari.
-Seorang NASIONALIS perlu ada pegangan ANTI-LGBT yang mana wajib menolak segala unsur-unsur yang ada kaitan dengan homoseksualiti dan seangkatan dengannya.
- Seorang NASIONALIS perlu ada pegangan ANTI-ATHEISM atau dalam erti kata lain membenci golongan yang tidak ada agama .
3)IKON ATAU INFLUENCE
- Seorang NASIONALIS boleh mengambil seorang tokoh dari bangsa mereka sendiri untuk dijadikan ikon atau influence kepada gerakan perjuangannya namun boleh juga dari bangsa lain selagi ianya selari dengan gerak juang perjuangan ini
Perlu diingat bahawa tanggapan negatif kepada ideologi ini sedang rancak digerakkan .Mereka sedar bahawa ideologi ini dapat menjadi satu perisai kepada individu melayu dari terdedah kepadaideologi-ideologi mereka yang objektifnya jelas ingin memusnahkan manipulasi kekuasaan bangsa melayu di dalam pentradbiran kerajaan mahupun susur komuniti yang ada.Teruskan membaca artikel saya yang akan datang untuk kita tahu bagaimana untuk kita sebarkan ideologi ini secara meluas kepada bangsa kita.Semoga bermanfaat kepada semua insyaallah
No comments:
Post a Comment